欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Ekonomi China Kekal Trend Perkembangan ke Arah Baik: MFA

(CRI)Jumaat 22 Disember 2023

Ekonomi China mengekalkan momentum pemulihan dan trend perkembangan ke arah baik dalam jangka panjang, sementara syarat kondusif untuk menyokong pembangunan berkualiti tinggi makin bertambah.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar (MFA) Wang Wenbin dalam sidang media pada Khamis.

Wakil kanan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) ke China, Steven Barnett baru-baru ini berkata China akan menyumbang sepertiga pertumbuhan global pada 2023, dan dijangka mengekalkan perkembangan ekonomi yang baik pada 2024.

Mengulas kenyataan itu, Wang berkata banyak institusi antarabangsa termasuk IMF dan Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) telah menaikkan unjuran pertumbuhan ekonomi China bagi tahun ini dan berkeyakinan terhadap prospek ekonomi negara ini pada tahun depan.

Menurutnya, China mempunyai pasaran raksasa yang paling berpotensi di dunia. Dasar makro diperkenalkan kerajaan memberi dorongan kuat kepada pemulihan ekonomi, dan terdapat ruang mencukupi untuk pemerkasaan dasar monetari dan fiskal.

Tambah beliau, usaha memperdalam pembaharuan dan keterbukaan secara menyeluruh menyuntik momentum kuat kepada perkembangan ekonomi China yang mampan dan sihat.

Selain itu, pusingan baharu revolusi sains dan teknologi serta transformasi perindustrian global juga menyediakan pentas yang lebih luas untuk perkembangan ekonomi China.

Video

Berita Berkaitan