欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Kereta Api Khas China-Vietnam Tingkatkan Efisien Perdagangan Rentas Sempadan

(CRI)Khamis 28 Disember 2023

Sebuah kereta api kargo yang membawa 14 kontena ubi kentang berlepas dari Stesen Mengzi Utara, Daerah Autonomi Hani dan Yi, bandar Honghe, provinsi Yunnan China, pada pukul 9.30 pagi 27 Dis lalu. Ia akan sampai ke destinasinya di bandar Ho Chi Minh, Vietnam pada dua hari kemudian.

Kereta api itu sekali gus menandakan pengoperasian kereta api khas 'sekontena' yang pertama antara China dan Vietnam.

'Sekontena' merujuk kepada penghantaran terus barangan, yang tidak perlu tukar kontena. Kereta api 'sekontena' itu akan membawa sayur-sayur China ke Vietnam, dan membawa pulang buah-buahan dari Vietnam.

Pengangkutan kereta api tolok meter yang beroperasi antara China dan Vietnam ialah saluran perdagangan utama dan paling bersejarah antara kedua-dua negara. Ia juga cara pengangkutan yang paling murah, laju dan efesien antara provinsi Yunnan dan Vietnam.

Setakat ini, sebanyak 11,400 kereta api tolok meter telah beroperasi antara pintu masuk Shanyao China dan pintu masuk Lao Cai Vietnam, menghantar barangan seberat 3.67 juta tan.

Pengangkutan kereta api tolok meter itu telah menyumbang kepada keselamatan makanan serantau, sekali gus memberi sokongan kepada pengeluaran produk industri dan pertanian kedua-dua negara.

Video

Berita Berkaitan