欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Tentera Laut China Jalankan Misi Pengiring Untuk 7,200 Kapal Domestik dan Asing

(CRI)Jumaat 29 Disember 2023

Pengarah Biro Penerangan Kementerian Pertahanan Negara China yang juga jurucakap Kementerian Pertahanan Negara, Kolonel Kanan Wu Qian, menjawab pertanyaan wartawan pada sidang akhbar Kementerian Pertahanan Negara pada petang Khamis.

Bulan ini menandakan ulang tahun ke-15 misi pengiring armada Tentera Laut China untuk kapal-kapal di Teluk Aden.

Menurut Wu, setakat Disember tahun ini, Tentera Laut China telah menghantar 45 kumpulan armada pengiring, lebih 150 kapal tentera, dan lebih 35,000 anggota tentera untuk menjalankan tugasan mengiringi pelayaran di perairan Teluk Aden dan Somalia melibatkan 7,200 kapal domestik dan asing dalam 1,600 kumpulan, dan berjaya menyelamat atau menyambungkan tugasan mengiringi pelayaran untuk hampir 100 kapal yang pelbagai jenis, antaranya lebih 50 peratus merupakan kapal asing. Misi pengiring pelayaran selama 15 tahun di Teluk Aden memperlihatkan kesungguhan Tentera Laut China yang bertanggungjawab dalam menjaga keamanan dunia, dan sumbangannya dalam melindungi kepentingan negara di seberang laut dan keselamatan laluan maritim antarabangsa.

Video

Berita Berkaitan