欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

China Lakar Kemajuan Cemerlang dalam Bidang Sains: Pemenang Hadiah Nobel Fizik

(CRI)Selasa 02 Januari 2024

China sedang muncul sebagai sebuah negara yang makmur dan kuat, dan negara Tembok Besar itu hendaklah memainkan peranan sebagai peneraju dalam bidang sains asas.

Demikian dinyatakan pemenang Hadiah Nobel dalam Fizik, David Gross dalam temu bual bersama kumpulan Media China (CMG).

Gross bersetuju dengan kenyataan Presiden China Xi Jinping yang menekankan pemeriksaan penyelidikan asas merupakan keperluan mendesak bagi mewujudkan kemandirian serta swadaya sains dan teknologi pada peringkat lebih tinggi, dan juga jalan yang pasti dilalui ke arah gergasi teknologi.

"Kini, China mampu mendirikan makmal bertaraf dunia. Dalam bidang penyelidikan saya, China memperoleh sejumlah penemuan yang amat signifikan dan mempunyai teleskop radio sfera apertur terbesar dunia yang dikenali sebagai FAST," kata Gross.

Sebabagi ahli Akademi Sains Nasional (NAS) Amerika Syarikat dan ahli Akademi Sains China (CAS) warganegara asing, Gross turut melahirkan kebimbangan terhadap pergeseran antara kedua-dua negara yang dianggap boleh menjejaskan kerjasama antarabangsa dalam penyelidikan sains.

"Bukanlah mudah untuk mengkaji dan merungkai rahsia dunia alam. Ia memerlukan kerja bersungguh-sungguh, peruntukan besar dan ramai tenaga profesional.

"Pada beberapa tahun kebelakangan ini, pergeseran, isu politik dan persaingan sesama kuasa besar menjadikan usaha berkenaan berundur ke belakang. Keadaan itu adalah sangat buruk dan berbahaya bagi perkembangan sains," kata beliau.

Video

Berita Berkaitan