欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Perkhidmatan Penerbangan Antarabangsa Terus Pulih: CAAC

(CRI)Khamis 04 Januari 2024

Perkhidmatan penerbangan antarabangsa yang dikendalikan China pulih kepada lebih 4,600 seminggu berbanding kurang 500 yang dicatat pada awal tahun lalu, menokok sebanyak 9.6 kali ganda.

Menurut Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC), jumlah negara destinasi yang disambung semula perkhidmatan penerbangan mencapai 89.2 peratus berbanding paras sebelum pandemik.

Perkhidmatan penumpang antara China dengan negara-negara Eropah pulih kepada lebih 60 peratus berbanding paras sebelum pandemik, sementara penerbangan terus China-Amerika Syarikat (AS) yang beroperasi secara tetap meningkat kepada 63 seminggu.

Data CAAC menunjukkan prestasi sektor penerbangan domestik pada 2023 telah pun melepasi tahap sebelum pandemik, naik 1.5 peratus berbanding 2019.

Dalam pada itu, jumlah pengangkutan penumpang mencecah 620 juta dan bilangan pengangkutan barangan dan mel mencatat 7.354 juta tan.

Video

Berita Berkaitan