欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

"Satu China" Bukan Prinsip yang Boleh Diperdagangkan

(CRI)Khamis 18 Januari 2024

Terdapat perkara di dunia ini yang tidak dapat dibeli dengan wang. Satu China merupakan prinsip asas yang tidak boleh diperdagangkan.

Demikian kata jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning pada sidang akhbar pada Rabu sebagai respons terhadap dakwaan dari suatu badan media berhubung kerajaan Nauru memutuskan "hubungan diplomatik" dengan Taiwan berikutan manipulasi oleh bekas presiden negara itu. Ketika Taiwan masih membuat penilaian dan mengadakan rundingan mengenai permintaan Nauru untuk bantuan ekonomi, Tanah Besar China mengambil peluang ini memujuk Nauru untuk memilih pihaknya menggantikan kedudukan Taiwan.

Mao menyifatkan tindakan kerajaan Nauru yang mengiktiraf prinsip Satu China, memutuskan "hubungan diplomatik" dengan Taiwan dan menyambungkan hubungan diplomatik dengan Tanah Besar China sebagai keputusan secara kolektif kabinet negara itu dan pilihan tepat yang dibuat secara bebas oleh Nauru sebagai negara berdaulat.

“Kami (China) mengambil maklum bahawa parlimen Nauru semalam sebulat suara meluluskan ketetapan yang menyokong dan mengesahkan keputusan kerajaan Nauru untuk menyambungkan hubungan diplomatik dengan China dan komited untuk mengukuhkan hubungan diplomatik Nauru-China dan melakukan kerjasama yang muhibah antara kedua-dua negara berdaulat. Ini sekali lagi menunjukkan, prinsip Satu China mendapat sambutan ramai dan selari dengan perkembangan zaman,” kata Mao.

Video

Berita Berkaitan