欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

AS Didesak Jangan Cakap Kosong dalam Isu Tidak Sokong 'Kemerdekaan Taiwan'

(CRI)Rabu 27 Disember 2023

Rang 'Akta Pemberian Kuasa Pertahanan 2024" Amerika Syarikat (AS) yang melibatkan kandungan negatif tentang Taiwan telah ditandatangani hari ini.

Jurucakap Pejabat Hal Ehwal Taiwan Dewan Negara China, Chen Binhua dalam sidang akhbar pagi tadi menegaskan bahawa Taiwan adalah milik China, dan isu Taiwan semata-mata urusan dalaman China yang tidak boleh dicampuri sebarang kuasa luar. AS memasukkan kandungan tentang Taiwan dalam rang undang-undang tersebut dianggap tindakan yang mencampur tangan dalam hal ehwal domestik China, melanggar prinsip Satu China dan peraturan Tiga Pengumuman Bersama China-AS, mengeluarkan isyarat salah yang serius kepada golongan pembelot 'kemerdekaan Taiwan' dan menjejaskan kestabilan serta keamanan Selat Taiwan. Perbuatan AS itu sudah mengundang bantahan keras dari China.

Chen berkata, China mendesak AS mematuhi komitmen politik dibuatnya terhadap China atas isu Taiwan, tidak bercakap kosong dalam isu tidak menyokong 'kemerdekaan Taiwan', tidak melaksanakan fasal-fasal negatif melibatkan Taiwan dalam akta tersebut, dan segera berhenti menyediakan senjata kepada Taiwan, "memusnahkan" dan "menjejaskan" Taiwan serta melakukan intervensi terhadap pilihan raya di kawasan Taiwan.

Video

Berita Berkaitan