欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

China Gesa Segerakan Gencatan Senjata Menyeluruh di Gaza

(CRI)Selasa 30 Januari 2024

Pendirian China dalam isu Palestin adalah konsisten dan jelas, kata jurucakap Kementerian Luar Wang Wenbin.

Wang berkata China mengutuk segala tindakan yang membahayakan rakyat jelata dan menentang sebarang perbuatan yang melanggar undang-undang antarabangsa.

Pihak terbabit digesa supaya mewujudkan gencatan senjata menyeluruh serta-merta, mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan mengelak berlakunya krisis kemanusiaan yang lebih teruk di Gaza.

Mutakhir ini, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengeluarkan perintah langkah-langkah sementara susulan Afrika Selatan memfailkan saman terhadap Israel atas tuduhan melakukan 'genosid' di Gaza.

ICJ menuntut Israel mengambil segala tindakan wajar untuk mencegah berlakunya 'genosid' dan membaiki situasi kemanusiaan di Gaza.

Wang menyifatkan perintah ICJ itu sebagai respons terhadap keprihatinan masyarakat antarabangsa yang mahu melihat rakyat jelata dilindungi dan situasi tegang diredakan di Gaza.

Diharap bahawa langkah-langkah sementara berkenaan dapat dilaksanakan secara berkesan, kata beliau.

Wang turut menegaskan formula 'penyelesaian dua negara' merupakan jalan keluar asas bagi merungkai konflik Palestin-Israel.

Video

Berita Berkaitan