欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Perkara Penting Mengenai TBC (2)

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 01 Februari 2024

衣(yi)-新衣 (Pakaian Baharu TBC)

Pada zaman dahulu, keluarga bangsawan akan memakai pakaian dan jubah sutera, manakala keluarga miskin akan menggunakan kain buatan sendiri untuk membuat pakaian baharu. Kebanyakan pakaian berwarna merah kerana dipercayai mampu mengusir roh jahat dan melindungi diri mereka.

Bagi kanak-kanak, hiasan berbentuk harimau pada topi dan kasut juga digunakan untuk melindungi semangat mereka, membolehkan mereka membesar dengan lebih kuat dan sihat.

Memakai pakaian baharu pada TBC dahulunya merupakan tatacara perayaan yang sangat penting. Pada zaman dahulu, orang Cina yang miskin tidak mempunyai kemampuan untuk kerap membeli pakaian baharu seperti yang dilakukan hari ini.

TBC memberi mereka peluang untuk berseronok dan memenuhi kemahuan mereka terhadap kecantikan. Walaupun orang pada zaman moden boleh mendapatkan pakaian baharu dengan mudah pada bila-bila masa yang diingini, memakai pakaian baharu kekal sebagai tradisi TBC yang penting dan mewakili permulaan baharu kepada satu tahun yang bahagia.