欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Pelabuhan Tianjin Bina Pintu Masuk Maritim Aras Tinggi untuk Beijing-Tianjin-Hebei (5)

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 06 Februari 2024
Pelabuhan Tianjin Bina Pintu Masuk Maritim Aras Tinggi untuk Beijing-Tianjin-Hebei
Foto dron udara yang diambil pada 3 Februari 2024 menunjukkan terminal kontena Pelabuhan Tianjin di utara China. Pelabuhan Tianjin, yang terletak di pantai Laut Bohai, adalah pusat perkapalan utama di utara China. (Xinhua/Zhao Zishuo)

Dalam beberapa tahun mutakhir ini, Pelabuhan Tianjin memanfaatkan sepenuhnya lokasinya yang unik dengan terus menambah baik fungsi pelabuhan untuk membina pintu masuk maritim aras tinggi untuk kawasan Beijing-Tianjin-Hebei.

Bukan itu sahaja, sebuah saluran hijau turut dibuka untuk Kawasan Baru Xiong'an, diikuti penubuhan pusat perkhidmatan yang menyelaraskan khidmat antara pelabuhan dan CBD Beijing, serta pelancaran kereta api pengangkutan laut yang menghubungkannya dengan daerah Pinggu Beijing, bandar Xingtai di utara China serta provinsi Hebei dan kawasan lain.

Pelabuhan itu kini mempunyai hubungan perdagangan dengan lebih 500 pelabuhan di lebih 180 negara dan wilayah.

Pada 2021, terminal sifar karbon pintar pertama di dunia telah mula beroperasi di Pelabuhan Tianjin, dan zon demonstrasi pemanduan autonomi telah disediakan di sini.

Menurut statistik, daya pemprosesan kontena Pelabuhan Tianjin melebihi 22.17 juta unit bersamaan dua puluh kaki (TEU) pada 2023, meningkat 5.5 peratus tahun ke tahun.

Video

Berita Berkaitan