欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Utamakan Kepentingan Rakyat, Dorong Proses Politik Yaman: Duta China

(CRI)Ahad 18 Februari 2024

China mengulangi seruan supaya kumpulan bersenjata Houthi menghentikan serangan terhadap kapal dagang, sambil menegaskan sebarang negara tidak boleh mencetuskan ketegangan di Laut Merah dengan memutarbelitkan atau menyalahgunakan undang-undang antarabangsa dan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC).

Demikian dinyatakan Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Zhang Jun dalam mesyuarat UNSC berhubung situasi Yaman pada Rabu.

Zhang berkata UNSC tidak pernah memberi mandat kepada mana-mana negara untuk menggunakan kekerasan terhadap Yaman.

Pada saat kritikal ketika ini, pihak-pihak terbabit di Yaman harus mengutamakan kepentingan rakyat, menyingkirkan gangguan dan bertindak tegas menggerakkan proses politik.

Menurut beliau, penyelesaian isu Yaman secara politik berkaitan rapat dengan persekitaran serantau. Asia Barat kini berada dalam situasi amat bahaya tatkala mendepani kesan limpahan konflik di Gaza serta ketegangan yang meruncing di Laut Merah.

Usaha paling mendesak bagi semua pihak terlibat adalah mendorong gencatan senjata dicapai di Gaza dan mengambil tindakan berkesan untuk mengelak konflik daripada terus merebak.

Video

Berita Berkaitan