欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Presiden Xi Ucapkan Tahniah kepada Sultan Brunei Sempena Hari Kebangsaan Brunei Ke-40

(CRI)Jumaat 23 Februari 2024

Presiden China Xi Jinping menzahirkan ucapan tahniah kepada Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah sempena sambutan Hari Kebangsaan Brunei ke-40, hari ini.

Xi dalam perutusan tahniahnya berkata, China dan Brunei mempunyai persahabatan tradisional yang bersejarah, sementara kerjasama kedua-dua negara membuahkan hasil penting. China dan Brunei telah menjadi teladan bagi negara besar dan negara kecil yang wujud bersama secara sama rata dan saling menguntungkan.

“Saya dan Sultan Hassanal Bolkiah telah mencapai konsensus penting bagi memajukan hubungan dua hala semasa pertemuan di San Fransisco pada November lepas, sekali gus menyuntik momentum baharu kepada kerjasama strategik kedua-dua negara.

“Saya bersedia mengekalkan komunikasi strategik dengan Sultan Hassanal Bolkiah, meningkatkan bimbingan terhadap hubungan dua hala, mendorong kerjasama pembinaan Inisiatif Jalur & Laluan (BRI) yang bermutu tinggi, supaya memberikan lebih banyak kesejahteraan kepada rakyat kedua-dua negara, dan menyumbang kepada keamanan, kestabilan, pembangunan dan kemakmuran serantau,” kata Xi.

Video

Berita Berkaitan