欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Perkasa Pembaharuan, Tingkatkan Keupayaan Strategik dalam Sektor Baru Muncul

(CRI)Jumaat 08 Mac 2024

Presiden China Xi Jinping berkata pihak-pihak berkaitan dikehendaki memperkasakan pembaharuan untuk meningkatkan keupayaan strategik dalam sektor baru muncul.

Menurut beliau, keupayaan strategik dalam sektor baharu adalah komponen penting dalam sistem strategi dan keupayaan strategik negara, dan ia amat signifikan bagi mempergiat pembangunan negara kuat dan mendorong kebangkitan nusa dan bangsa melalui modenisasi ala China.

Xi berkata demikian ketika menyertai sesi pleno delegasi Tentera Pembebasan Rakyat dan Angkatan Polis Bersenjata Rakyat, sempena sidang ke-2 Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-14, pada petang Khamis.

Beliau berkata, pembangunan sektor baru muncul berasal daripada inovasi dan pengaplikasian sains dan teknologi. Beliau mahu pihak-pihak berkaitan meningktkan keyakinan dan memperkasakan inovasi mandiri.

Xi berkata usaha harus diperkasakan untuk menyelaraskan kesiapsiagaan ketenteraan maritim dan pemeliharaan kepentingan maritim serta pembangunan ekonomi marin.

Di samping itu, mengoptimumkan susun atur aeroangkasa China, membina sistem pertahanan ruang siber, dan meningkatkan keupayaan untuk memelihara keselamatan siber negara.

Selain itu, usaha juga harus dilakukan untuk meningkatkan penyelarasan dalam pelaksanaan projek sains dan teknologi pintar dan mempergiat penggunaan hasil sains dan teknologi yang penting.

Video

Berita Berkaitan