欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Xi Ucap Tahniah kepada Presiden Baharu Pakistan Asif Ali Zardari

(CRI)Ahad 10 Mac 2024

Presiden China Xi Jinping menzahirkan ucapan tahniah kepada Asif Ali Zardari atas terpilihnya sebagai Presiden Pakistan, pada hari Ahad.

Xi dalam perutusan tahniahnya berkata, China dan Pakistan sebagai dua jiran, sahabat, rakan dan saudara yang baik, mempunyai persahabatan sekukuh "besi" yang bersejarah yang dilihat sebagai kekayaan berharga milik rakyat kedua-dua negara. Pada beberapa tahun lalu, China dan Pakistan mengekalkan pertukaran peringkat tinggi yang rapat, menyokong dalam isu-isu melibatkan keprihatinan dan kepentingan teras satu sama lain. Dalam pada itu, kedua-dua negara ini melakar kecemerlangan dalam pembinaan Koridor Ekonomi China-Pakistan dan mengekalkan perkembangan hubungan dua hala pada tahap tinggi.

"Di sebalik situasi dunia pada masa ini yang penuh dengan perubahan drastik yang tiada tolok banding dalam seratus tahun lalu, perkongsian strategik China-Pakistan membawa makna yang lebih menonjol,"

"Saya mengutamakan perkembangan hubungan China-Pakistan dan bersedia bekerjasama dengan Presiden Zardari untuk terus menyuburkan persahabatan tradisional, bertindak pantas mempergiat kerjasama dalam pelbagai sektor, mengintensifkan perkongsian strategik sepanjang masa China-Pakistan, mewujudkan komuniti berkongsi nasib China-Pakistan yang lebih erat pada era baharu demi manfaat rakyat kedua-dua negara," kata Xi.

Video

Berita Berkaitan