欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Kuasa Produktif Kualiti Baharu, Kunci Transformasi Industri Pembuatan: Wakil NPC

(CRI)Isnin 11 Mac 2024

Kuasa produktif kualiti baharu merupakan pendekatan penting ke arah mewujudkan pembangunan berkualiti industri pembuatan.

Demikian dinyatakan wakil Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC), Xu Yunfei dari sebuah syarikat pengeluar simen swasta di provinsi Jiangsu, timur China.

Dalam sesi perbincangan bersama delegasi provinsi Jiangsu sempena sidang kedua NPC ke-14, Presiden Xi Jinping menegaskan bahawa usaha mengembangkan kuasa produktif kualiti baharu bukanlah bermakna mengabaikan atau membuang industri tradisional.

Beliau berkata adalah perlunya untuk menaik taraf industri tradisional menerusi pengaplikasian teknologi baharu, di samping menggerakkan industri berkenaan berkembang ke arah lebih canggih, pintar dan hijau.

Xu yang turut menghadiri sesi perbincangan itu, berkata pemerkasaan pendigitalan serta pengaplikasian teknologi hijau dan pintar adalah pendekatan penting bagi mewujudkan transformasi perusahaan berkenaan.

Sejak 2021, syarikat simen yang diusahakan Xu giat mempercepat pembinaan talian pengeluaran pintar dan hijau yang melibatkan seluruh proses perlombongan, pengangkutan dan pengeluaran.

"Kerja-kerja perlombongan dan pengangkutan dilakukan tanpa pengendali, dan pengeluaran dijalankan di kilang yang dilengkapi sistem pintar."

"Semuanya manfaat daripada pembangunan hijau, kecekapan tinggi dan kualiti tinggi yang dibawa oleh kuasa produktif kualiti baharu," kata wakil NPC itu.

Video

Berita Berkaitan