欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

China Kutuk AS Canang Isu berkaitan Taiwan

(CRI)Jumaat 03 Mei 2024

China membantah sekeras-kerasnya kenyataan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken bahawa AS menggalakkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjemput Taiwan menyertai Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) sebagai pemerhati pada tahun ini.

Jurucakap Kementerian Luar China menyelar kenyataan berkenaan secara serius melanggar prinsip satu China dan tiga Pengumuman Bersama China-AS.

Jurucakap itu berkata hanya terdapat satu China di dunia dan Taiwan sebahagian wilayah China yang tidak boleh dipisahkan.

Pendirian China berhubung isu penglibatan Taiwan dalam aktiviti pertubuhan antarabangsa adalah jelas dan konsisten yakni ia mesti dikendali di bawah prinsip satu China, yang juga merupakan prinsip asas termaktub dalam Resolusi 2758 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) dan Resolusi 25.1 WHA.

Menurutnya, pihak berkuasa Parti Progresif Demokratik berdegil berpegang pada pendirian 'kemerdekaan Taiwan' hingga menyebabkan asas politik penyertaan Taiwan dalam aktiviti WHA tidak wujud lagi.

Kenyataan AS yang mengelirukan khalayak sebenarnya bertujuan membiar dan menyokong kegiatan pemisah 'kemerdekaan Taiwan'.

Video

Berita Berkaitan