欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Xi, Macron Adakan Perbincangan (3)

(CRI)Selasa 07 Mei 2024
Xi, Macron Adakan Perbincangan

Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Perancis Emmanuel Macron telah mengadakan perbincangan di Istana Elysee, Paris pada petang Isnin waktu tempatan.

Dalam perbincangan itu, Xi berkata beliau berbesar hati dapat mengadakan lawatan rasmi ketiga ke Perancis atas undangan sempena ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik kedua-dua negara, dan berharap bersama dengan Presiden Macron menjadikan lawatan kali ini sebagai permulaan baharu bagi kemaraan ke tempoh 60 tahun yang akan datang sehingga memberi sumbangan baharu kepada keamanan dan kestabilan dunia serta kemajuan pembangunan manusia.

Menurut Xi, kedua-dua pihak perlu menghindarkan “perang dingin baharu” atau konfrontasi kem, bersama-sama menggalakkan dunia ini hidup dalam suasana harmoni, memastikan tata kelola yang sama rata dan multipolarisasi terjamin di persada dunia, di samping terus mengamalkan prinsip saling menguntungkan dan sama menang serta menentang dakwaan “memutuskan hubungan” dan amalan “mereka-reka hambatan perdagangan”.

Video

Berita Berkaitan