欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

"Classic Quotes by Xi Jinping" Edisi Antarabangsa Disiarkan Media Perdana Perancis

(CRI)Selasa 07 Mei 2024

Bertepatan dengan lawatan rasmi yang diadakan Presiden China, Xi Jinping di Perancis, majlis pelancaran "Classic Quotes by Xi Jinping" edisi antarabangsa buatan Kumpulan Media China (CMG) telah diadakan di Paris semalam waktu tempatan.

Pengerusi Jawatankuasa Perlembagaan Perancis yang juga bekas Perdana Menteri negara itu, Laurent Fabius, Pengerusi Tabung Wawasan dan Inovasi Perancis yang juga pernah menyandang jawatan Perdana Menteri, Jean-Pierre Raffarin masing-masing menyampaikan ucapan tahniah kepada aktiviti tersebut.

Program itu akan disiarkan di bebeapa media perdana Perancis seperti DailyMotion dan Stesen Berita Eropah.

"Classic Quotes by Xi Jinping" edisi antarabangsa melalui ucapan yang disampaikan Presiden Xi dan puisi serta cerita klasik yang dipetiknya dalam karangan dan ucapan terbabit, menfokuskan pada topik pembangunan hijau, tamadun ekologi, pemartabatan penguatkuasaan undang-undang, kemakmuran bersama dan perlindungan warisan kebudayaan, dan mencerminkan kebijaksanaan, anjakan dan tujahan Xi dalam bidang politik, kebudayaan dan sejarah.

Presiden CMG, Shen Haixiong menyatakan bahawa pihaknya bersedia berganding bahu dengan sahabat-sahabat Perancis untuk mendorong perkongsian strategik komprehensif China-Perancis berkembang ke arah yang padu dan dinamik, di samping menyumbangkan kebijaksanaan dan cetusan kepada pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Video

Berita Berkaitan