欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Peng Liyuan Melawat Sekolah Dwibahasa di Budapest

(CRI)Jumaat 10 Mei 2024
Peng Liyuan Melawat Sekolah Dwibahasa di Budapest

Isteri Presiden China Xi Jinping, Prof Peng Liyuan membuat lawatan ke sekolah dwibahasa Hungary-China di sini, pada Khamis, ditemani isteri Perdana Menteri Hungary Viktor Orban, Aniko Levai.

Peng dan Levai telah menyaksikan kuliah bahasa Mandarin dan budaya tradisional China seperti guntingan kertas dan kaligrafi, dan sempat berbual-bual mesra dengan para pelajar.

Peng berkata, sekolah dwibahasa Hungary-China ialah simbol persahabatan kedua-dua negara. Beliau amat berbesar hati melihat pelajar di sekolah itu mampu fasih bertutur dalam bahasa Mandarin.

Beliau turut menzahirkan harapan agar para pelajar tekun belajar bahasa Mandarin dan budaya China, nanti ada peluang untuk melawat atau melanjutkan pengajian di China, demi menyumbangkan tenaga kepada peningkatan persahabatan kedua-dua negara.

Selain itu, Peng dan Levai juga bersama-sama menonton klip video tentang perkembangan sekolah dwibahasa tersebut, dan menyaksikan pertunjukan bakat pelajar seperti tarian, deklamasi puisi, korus dan lain-lain, serta mengambil foto dengan mereka.

Sebelum berangkat meninggalkan sekolah itu, Peng menghadiahkan buku-buku mengenai budaya China kepada sekolah berkenaan.

Sekolah dwibahasa Hungary-China yang ditubuhkan pada tahun 2004, merupakan sekolah awam yang menggunakan bahasa Hungary dan Mandarin dalam pengajarannya.

Video

Berita Berkaitan