欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

China Rakan Kongsi Pembangunan Afrika: Sarjana Kenya

(CRI)Rabu 15 Mei 2024

China merupakan sahabat sejati Afrika dan juga rakan kongsi utama bagi pembangunan dan kemakmuran benua itu, kata sarjana Kenya Dr Adhere Cavince.

Pakar hubungan antarabangsa itu dalam artikelnya disiarkan di laman sesawang akhbar The Nation menyatakan negara Tembok Besar mendapat sokongan daripada semakin ramai rakyat Afrika.

Sementara itu, Barat patut merenungkan tingkah laku bersifat paternalis ketika mereka bergaul dengan negara Afrika.

Memetik hasil tinjauan Gallup, artikel itu berkata China mengatasi Amerika Syarikat (AS) sebagai kuasa besar yang paling berpengaruh di Afrika.

Pada 2023, populariti China dalam masyarakat Afrika naik 6 mata peratusan kepada 58 peratus berbanding 52 peratus pada 2022. Bagi AS, kadar itu jatuh daripada 59 peratus kepada 56 peratus.

Keputusan tinjauan itu mencerminkan trend perkembangan global dalam beberapa dekad lalu serta perubahan landskap geopolitik dan struktur kuasa tradisional, yang berkaitan dengan faktor seperti ekonomi, politik dan budaya.

Menurut Dr Adhere, dasar luar China mengenai Afrika amat berbeza daripada yang diamalkan negara Barat.

Prinsip menghormati kedaulatan negara dan tidak mencampuri urusan dalaman ditekankan China dalam dasar luarnya, turut mendapat sahutan daripada negara-negara Afrika yang pernah menjadi mangsa penjajahan Barat.

Dengan menampilkan diri sebagai rakan kongsi, bukan hegemon, China menjalin ikatan diplomatik utuh dengan banyak negara Afrika, menyaksikan program lawatan peringkat tinggi, aktiviti ekonomi dan perdagangan serta pertukaran budaya giat dijalankan.

Di mata rakyat Afrika, China merupakan rakan kongsi boleh dipercayai yang komited memperkasakan kerjasama antara satu sama lain.

Video

Berita Berkaitan