欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Festival Belia China-Afrika Buka Tirai

(CRI)Selasa 21 Mei 2024

Festival Belia China-Afrika edisi kelapan membuka tirai di Beijing pada Isnin.

Sepanjang lapan hari berada di China, lebih 60 wakil belia dari Afrika akan dibawa mengunjungi Beijing, Zhejiang dan tempat-tempat lain sebagai usaha memperdalam persefahaman dan persahabatan antara China dengan Afrika.

Naib Menteri Luar China Chen Xiaodong berkata festival belia itu merupakan salah satu aktiviti penting di bawah rangka Forum Kerjasama China-Afrika.

Beliau menyifatkan golongan belia sebagai harapan serta kunci untuk memastikan persahabatan China-Afrika kekal utuh.

Justeru, golongan terbabit diharap terus menyumbang tenaga sendiri untuk mendorong kerjasama muhibah antara kedua-dua pihak.

Duta Besar Republik Senegal ke China, Ibrahima Sory Sylla menyifatkan kerjasama Afrika-China penuh dinamik dan boleh dicontohi.

Beliau berharap agar potensi pertukaran dan kerjasama antara golongan belia kedua-dua pihak terus dicungkil ke arah menyumbang kepada perkembangan hubungan Afrika-China pada masa depan.

Video

Berita Berkaitan