欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Xi Mahu Pembaharuan Diperincikan bagi Majukan Modenisasi Ala China

(CRI)Jumaat 24 Mei 2024
Xi Mahu Pembaharuan Diperincikan bagi Majukan Modenisasi Ala China

Pembaharuan perlu diperincikan secara menyeluruh dengan menumpukan kepada memajukan modenisasi ala China, kata Presiden China, Xi Jinping ketika mempengerusikan satu majlis libat urus yang dihadiri oleh wakil-wakil dari sektor korporat dan akademik di Jinan, provinsi Shandong pada Khamis.

Beliau yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China menekankan, usaha perlu dijalankan untuk memacu pembangunan sistem negara sosialis yang bercirikan China, pemodenan tata kelola dan peningkatan keupayaan mentadbir.

"Hendaklah menghapuskan halangan yang wujud dari segi ideologi dan institusi yang menghambat modenisasi ala China, memperhalusi ekosistem yang kondusif dan mengekalkan momentum yang kuat.

"Hendaklah konsisten memperjuangkan matlamat yang sejajar dengan aspirasi rakyat untuk menjalani kehidupan yang lebih baik," ujar Xi.

Beliau menekankan peri pentingnya untuk membuat rancangan yang berjangka panjang dan memperhalusi pembaharuan berteraskan kepentingan rakyat, peka akan aspirasi rakyat dari segi pekerjaan, peningkatan pendapatan, pendidikan, jagaan kesihatan, perumahan, perkhidmatan awam, pengasuhan kanak-kanak dan jagaan warga emas, keselamatan peribadi dan harta benda agar menjadikan semakin ramai orang relevan dalam menikmati hasil pembaharuan dalam suasana yang bahagia dan selamat.

"Jabatan-jabatan kerajaan yang berkaitan perlu berhemah mengkaji dan meneliti pendapat dan cadangan pelbagai pihak, yang dilihat mustahak dalam memperincikan pembaharuan secara menyeluruh," tambah Xi.

Selain itu, yang dijadikan topik perbincangan juga merangkumi pembaharuan terhadap sistem pembekalan tenaga elektrik, risiko pembangunan dan pelaburan, penaiktarafan industri konvensional melalui sains teknologi, penyempurnaan tata kelola sektor korporat swasta, pengoptimuman suasana urus niaga bagi pelabur asing, peningkatan keberadaan Hong Kong dalam Paradigma Pembangunan Baharu, penyelarasan antara pembangunan kawasan bandar dan luar bandar dan penambahbaikan sistem tadbir urus ekonomi makro.

Video

Berita Berkaitan