欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

AS Digesa Tunaikan Komitmen Tidak Sokong "Kemerdekaan Taiwan"

(CRI)Selasa 28 Mei 2024

Pusingan kedua Rundingan China-Amerika Syarikat (AS) mengenai Hal Ehwal Maritim telah diadakan melalui pautan video baru-baru ini.

Rundingan itu dipengerusikan bersama oleh Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Sempadan dan Laut Kementerian Luar China, Hong Liang dan Penyelaras Jabatan Negara AS bagi Hal Ehwal China merangkap Timbalan Penolong Setiausaha Biro Hal Ehwal Asia Timur, Mark Baxter Lambert.

Setelah bertukar-tukar pandangan mengenai situasi maritim semasa dan isu-isu yang melibatkan hal-ehwal maritim, kedua-dua pihak bersetuju untuk mengekalkan dialog dan komunikasi, mengelakkan salah faham dan persepsi yang salah bagi mengawal risiko maritim.

China menyatakan keprihatinan terhadap tindakan AS yang bersifat mencabul dan memprovokasi di perairan berhampiran dengan China, menggesa AS untuk menghormati kedaulatan wilayah China serta hak dan kepentingan miliknya dalam bidang maritim, mengelakkan diri daripada campur tangan dalam pertikaian maritim antara China dan negara jiran, dan jangan "mengekang pembangunan China dengan mengeksploitasi isu maritim" yang dilihat boleh menjadikan keamanan dan kestabilan serantau terjejas.

Pihak China menegaskan bahawa prinsip Satu China adalah asas politik bagi hubungan China-AS dan asas penting untuk dialog antara kedua-dua pihak mengenai isu-isu maritim.

Puak "kemerdekaan Taiwan" adalah ancaman terbesar bagi keamanan dan kestabilan di perairan Selat Taiwan. AS digesa tidak bersekongkol dengan puak "kemerdekaan Taiwan", segera menghentikan sokongan terhadap puak pembelot dan menunaikan komitmennya tentang tidak menyokong puak pembelot di pulau itu.

Video

Berita Berkaitan