欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Xi Ucapkan Selamat Hari Kanak-kanak Antarabangsa

(CRI)Sabtu 01 Jun 2024

Presiden China, Xi Jinping melalui sepucuk surat balas kepada murid-murid dari Sekolah Rendah Zhijiang daerah Jialing di bandar Nanchong provinsi Sichuan pada 31 Mei, memberi kata semangat dan mengucapkan selamat Hari Kanak-kanak Antarabangsa kepada mereka malah golongan kanak-kanak di seluruh negara.

Presiden Xi yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat China dalam surat balasnya menekankan bahawa kanak-kanak adalah masa depan bagi tanah air. Usaha membangunkan negara sosialis yang moden dan kuat dengan menyeluruh perlu disambungkan oleh generasi baharu. Beliau melahirkan harapan agar murid-murid mempunyai cita-cita yang tinggi, menghargai masa muda, maju jaya dalam pelbagai aspek seperti moral, intelektual, fizikal dan estetika, berusaha menjadi kebakatan dalam pembangunan negara dan menyumbang kepada kebangkitan nusa dan bangsa.

Dengan bantuan dari pihak berkuasa provinsi Zhejiang, Sekolah Rendah Zhijiang yang bangunannya yang sudah lama dan usang yang pernah terletak di kawasan pergunungan dapat dipindahkan ke tapak sekarang dan dibina semula pada tahun 2004. Xi yang bertugas sebagai Ketua Setiausaha Provinsi Zhejiang Parti Komunis China semasa itu pernah meletakkan batu asas bagi pembinaan sekolah baharu itu pada Mei tahun 2004. Pada September tahun 2005, semua bangunan dan kemudahan terbabit siap dibina dan sekolah baharu itu kelihatan beroperasi dalam keadaan yang semakin baik. Jumlah murid yang menuntut ilmu di sekolah itu mencatat 287 orang pada masa sekarang.

Video

Berita Berkaitan