欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Optimumkan Sistem Korporat Moden Bercirikan China: Xi

(CRI)Rabu 12 Jun 2024

Sistem korporat moden bercirikan China perlu terus dioptimumkan bagi memupuk lebih banyak syarikat yang bertaraf dunia.

Demikian ujar Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) Xi Jinping semasa mempengerusikan mesyuarat kelima suruhanjaya pusat mengenai pemerkasaan pembaharuan secara menyeluruh yang berlangsung di Beijing pada Selasa.

Berhubung keselamatan makanan, Xi menekankan perlunya merangsang motivasi kaum tani dalam mengusahakan penanaman bijirin, di samping menggerakkan daya usaha kerajaan tempatan untuk memantapkan pengeluaran bijirin.

Antara perkara lain yang turut diberi penekanan adalah memacu inovasi menerusi keterbukaan, menyempurnakan mekanisme keterbukaan melibatkan teknologi dan membina sistem inovasi berorientasikan global.

Mesyuarat itu meluluskan garis panduan bagi mengoptimumkan sistem korporat moden bercirikan China, menyempurnakan mekanisme penjaminan pendapatan kaum tani serta pemampasan di kawasan pengeluaran bijirin utama, selain mewujudkan persekitaran terbuka yang berdaya saing di peringkat global untuk inovasi teknologi.

Video

Berita Berkaitan