欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Xi Beri Penekanan Pentingnya Pemodenan Teknologi, Inovasi

(CRI)Selasa 25 Jun 2024
Xi Beri Penekanan Pentingnya Pemodenan Teknologi, Inovasi

Presiden China Xi Jinping memberi penekanan kepada pentingnya pemodenan teknologi dan inovasi dalam mewujudkan modenisasi negara dan pembangunan berkualiti.

Beliau berkata modenisasi bercirikan China disokong oleh teknologi moden, manakala pembangunan berkualiti dijana oleh momentum baharu yang lahir daripada inovasi.

"Hendaklah kita memahami peranan utama secara strategik serta sokongan asas yang dimainkan oleh sains dan teknologi.

"Usaha perlu diperkasa untuk mengukuhkan reka bentuk peringkat atas dan perancangan keseluruhan serta mempercepat kemandirian dan swadaya sains dan teknologi pada peringkat lebih tinggi," ujar Xi.

Beliau menambah, semuanya adalah untuk merealisasikan matlamat strategik berhubung pembinaan sebuah negara yang kuat dalam bidang sains dan teknologi menjelang 2035.

Persidangan sains dan teknologi kebangsaan, persidangan anugerah sains dan teknologi negara serta perhimpunan ahli Akademi Sains China (CAS) dan Akademi Kejuruteraan China (CAE) diadakan di Beijing pada Isnin.

Presiden Xi menghadiri persidangan berkenaan dan menyampaikan hadiah kepada pemenang Anugerah Sains dan Teknologi Tertinggi Negara.

Seiring dengan berlakunya revolusi teknologi pusingan baharu serta perkembangan mendalam transformasi perindustrian, Xi mengatakan bahawa China perlu meningkatkan lagi usaha dalam inovasi teknologi dan merebut peluang pembangunan baharu pada masa hadapan.

Video

Berita Berkaitan