欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

China Seru Pihak-pihak Terlibat Isu Ukraine Kawal Diri

(CRI)Rabu 10 Julai 2024

Pihak-pihak terlibat isu Ukraine perlu mengawal diri, mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan mengelakkan serangan terhadap infrastruktur awam.

Demikian diseru oleh Naib Wakil Tetap China ke PBB, Geng Shuang ketika menyampaikan ucapan dalam satu sesi perbahasan anjuran Majlis Keselamatan PBB tentang isu Ukraine semalam.

Geng menegaskan, Presiden China Xi Jinping ketika ditemui pemimpin-pemimpin negara asing baru-baru ini pernah menunjukkan bahawa mewujudkan gencatan senjata seawal mungkin dan mencari penyelesaian politik selaras dengan kepentingan pelbagai pihak. Terdapat tiga prinsip yang perlu diutamakan buat masa sekarang, iaitu "tidak mencetuskan limpahan dari medan perang, tidak menaiktaraf pertempuran, dan pelbagai pihak tidak lagi mengapi-apikan" yang dipercayai boleh membantu meredakan ketegangan dalam situasi semasa di Ukraine secepat mungkin.

Sementara itu, masyarakat antarabangsa diseru perlu mengambil tindakan yang kondusif bagi memulihkan rundingan dan dialog secara langsung antara pihak-pihak yang terlibat. Hanya dengan semua negara kuasa besar memainkan peranan yang positif, barulah dapat muncul sinar harapan untuk mewujudkan gencatan senjata dalam konflik kali ini.

Geng berkata, selain menyeru pihak-pihak terlibat mengadakan semula rundingan damai, China juga akan terus berusaha memainkan peranan yang bersifat membina bagi penyelesaian isu Ukraine secara politik.

Video

Berita Berkaitan