欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

China Peruntukkan RMB500 Juta, Bantu Lima Provinsi Dilanda Banjir

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 30 Julai 2024

Suruhanjaya Pembaharuan dan Pembangunan Negara (NRDC) China pada Isnin memaklumkan bahawa sejumlah RMB500 juta (sekitar RM321 juta) akan diperuntukkan terhadap usaha bantuan bencana di lima provinsi.

Difahamkan, dana tersebut akan membantu kawasan yang terjejas akibat hujan lebat dan banjir di Hunan, Henan, Sichuan, Shaanxi, serta Fujian yang dilanda taufan.

Menurut NRDC, dana yang diperuntukkan itu akan disalurkan kepada projek-projek utama termasuk membaik pulih infrastruktur pemuliharaan air dan kawalan banjir yang rosak, serta sekolah, hospital, dan kemudahan awam lain, sekali gus membolehkan kehidupan normal orang awam kembali seperti biasa.

Untuk rekod, banjir besar tersebut telah menyebabkan benteng pecah di provinsi Hunan, di tengah China pada Ahad, mengakibatkan lebih 3,000 penduduk di situ terkesan.

Dalam pada itu, Kementerian Pengurusan Kecemasan China pada hari sama turut mengeluarkan bantuan 15,000 barangan bantuan bencana termasuk selimut, cadar dan kit kecemasan keluarga bagi membantu usaha-usaha bantuan bencana di Xiangtan dan beberapa kawasan lain di Hunan.

Video

Berita Berkaitan