欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Penanaman Hutan China Tambah Baik Ekologi, Tingkatkan Pendapatan Penduduk

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 13 Ogos 2024

Foto ini menunjukkan pekerja menanam hutan di rizab ekologi negara Baijitan, bandar Lingwu, Wilayah Autonomi Ningxia Hui pada 19 Mac 2024. (Xinhua/Wang Peng)

Foto dron ini menunjukkan pekerja tempatan menanam hutan di rizab ekologi negara Baijitan, bandar Lingwu, Wilayah Autonomi Ningxia Hui pada 19 Mac 2024. (Xinhua/Wang Peng)

Terletak di Gurun Maowusu, iaitu salah satu gurun utama di China, bandar Lingwu di Wilayah Autonomi Ningxia Hui pernah mengalami pencerobohan pasir yang teruk, dengan padang pasir ‘membanjiri’ tanah ladang dan rumah, sekali gus memaksa puluhan ribu orang berpindah dari situ.

Menurut laporan Xinhua, situasi tersebut secara tidak langsung telah menaikkan semangat penduduk untuk melawan penggurunan, seterusnya mendapatkan semula tanah mereka.

Sambil usaha penanaman hutan dilaksanakan secara berterusan, orang ramai turut membangunkan teknik ‘papan dam jerami’ yang terdiri daripada beberapa segi empat sama jerami untuk membaiki beting pasir. Secara amnya, petak itu berukuran satu meter kali satu meter, dengan separuh daripada jerami tertanam di dalam pasir.

Papan dam mudah dibina dan mempunyai keupayaan memecahkan angin yang luar biasa, selain turut membantu mengekalkan kedudukan pasir, sekali gus membolehkan tanah terbentuk. Selepas tanah mencukupi, ia kemudiannya membolehkan tumbuhan tahan kemarau untuk ditanam.

Hasil usaha dedikasi tiga generasi dalam kawalan pasir, 45,333 hektar hutan berjaya diwujudkan di rizab ekologi negara Baijitan sejak 71 tahun yang lalu. Oasis kini telah menjadi penghalang pelindung penting untuk sistem ekologi di barat laut China.

Selain memfokuskan kepada penanaman semula hutan, penduduk tempatan juga merancakkan ekonomi dengan membangunkan eko-pelancongan dan pertanian berciri tempatan.

Sebagai contoh, daun bawang pasir ditanam di kawasan seluas 66.67 hektar di Baijitan, yang boleh dituai sepanjang tahun. Daun bawang yang sangat mudah untuk disimpan sangat popular dalam kalangan pengguna di seluruh China.

"Penanaman daun bawang boleh memberi saya tambahan RMB6,000 yuan (kira-kira RM3,715) setiap mu setiap tahun," kata Li Guobao yang mempunyai pekerjaan tetap menjaga pokok di Baijitan.

Kejayaan Baijitan dalam memerangi penggurunan telah menarik kehadiran individu dari 125 negara dan wilayah untuk melawat dan belajar daripada pengalamannya.

Video

Berita Berkaitan