欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Segera Wujudkan Gencatan Senjata di Gaza dan Redakan Situasi Serantau - Wakil China

(CRI)Jumaat 16 Ogos 2024

Pihak-pihak terbabit didesak segera mewujudkan gencatan senjata di Genting Gaza, dan secepat mungkin meredakan ketegangan dalam situasi serantau yang membabitkan Yaman dan Laut Merah.

Demikian dinyatakan Naib Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Geng Shuang dalam satu mesyuarat Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) mengenai situasi Yaman pada Khamis.

Menurut beliau, China mengalu-alukan perjanjian dicapai kerajaan Yaman dengan kumpulan militan Houthi dalam bidang kewangan dan penerbangan, dan menanti-nantikan pihak-pihak berkenaan mengambil contoh dari itu, mengutamakan kepentingan dan kesejahteraan rakyat Yaman, mempertahankan penyelesaian masalah dengan saluran politik, mengetepikan gangguan, menangani percanggahan pendapat menerusi dialog dan rundingan, serta mendorong proses politik komprehensif yang diterajui rakyat Yaman demi manfaat rakyat tempatan.

Sementara itu, China juga menyeru kumpulan militan Houthi meghormati hak pelayaran kapal niaga pelbagai negara di perairan Laut Merah, menghentikan serangan dan gangguan yang boleh menjadikan pelayaran di perairan terbabit terjejas, di samping menggesa pihak-pihak lain bersabar dan menggantungkan tindakan yang boleh meruncingkan situasi serantau.

"Situasi semasa di Yaman dan Laut Merah berkait rapat dengan konflik di Gaza. China mendesak pihak berkenaan secepat mungkin melaksanakan resolusi No. 2712, 2720, 2728 dan 2735 UNSC, segera merealisasikan gencatan senjata, dan meredakan ketegangan dalam situasi semasa di Yaman dan Luat Merah," kata Geng lagi.

Video

Berita Berkaitan