欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

China Sanggup Suburkan Persahabatan, Eratkan Kerjasama dengan Vietnam - PM Li

(CRI)Selasa 20 Ogos 2024
China Sanggup Suburkan Persahabatan, Eratkan Kerjasama dengan Vietnam - PM Li

Parti Komunis China (PKC) dan Parti Komunis Vietnam (PKV) mempunyai hubungan yang mendalam yang bersifat "komrad + saudara", dan China sentiasa menganggap Vietnam sebagai satu keutamaan dalam diplomasi kejiranan.

Demikian dinyatakan oleh Perdana Menteri China, Li Qiang ketika ditemui To Lam, Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKV yang juga Presiden Vietnam di Rumah Tetamu Negara Diaoyutai di Beijing petang Isnin.

Menurut Li, China dan Vietnam mempunyai hubungan ekonomi dan perdagangan yang erat, banyak industri yang boleh dilengkapi antara satu sama lain, dan ruang kerjasama yang amat luas. China bersedia menggerakkan dengan cepat penyelarasan dalam kerangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) anjuran China yang menekankan pembinaan bersama, dengan “dua koridor dan satu lingkaran” anjuran Vietnam, meningkatkan tahap kesalinghubungan, memperluas skala perdagangan dan pelaburan, mengeratkan kerjasama dalam pertanian, infrastruktur, sumber tenaga, ekonomi digital, pembangunan hijau dan perlombongan strategik.

Li menambah bahawa kedua-dua pihak diharap meningkatkan koordinasi dalam mekanisme multilateralisme termasuk Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, ASEAN dan Kerjasama Lancang-Mekong.

To Lam pula menyatakan bahawa Vietnam konsisten dalam mematuhi prinsip satu-China, menyokong Inisiatif Pembangunan Global, Inisiatif Keselamatan Global dan Inisiatif Peradaban Global saranan Presiden Xi Jinping, bersedia melaksanakan konsensus yang tercapai pemimpin kedua-dua negara dan Parti, mengeratkan pertukaran lawatan pelbagai peringkat, memupuk rasa saling percaya dalam bidang politik, mengambil tindakan tulen dalam melaksanakan projek kerjasama membabitkan pelbagai bidang, dan mendorong pembinaan komuniti berkongsi nasib Vietnam-China yang membawa makna strategik.

Video

Berita Berkaitan