欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

China Siar Kertas Putih mengenai Peralihan Tenaga

(CRI)Khamis 29 Ogos 2024

Kertas putih bertajuk 'Peralihan Tenaga China' disiarkan oleh Pejabat Penerangan Dewan Negara di Beijing pada Khamis.

Kertas putih itu merekodkan pencapaian menggalakkan yang diraih negara Tembok Besar dalam usaha peralihan tenaga melalui siri langkah praktikal.

Menjelang akhir 2023, kapasiti terpasang kumulatif tenaga angin dan fotovoltan (PV) meningkat sepuluh kali ganda berbanding sedekad lalu, manakala nisbah penggunaan tenaga bersih dalam keseluruhan penggunaan tenaga naik kepada 26.4 peratus daripada 15.5 peratus.

Pembangunan tenaga hijau China menjadi penggerak kepada peralihan tenaga sejagat.

Sejak 2013, China menyumbang lebih 40 peratus kepada penambahan tahunan kapasiti tenaga boleh diperbaharui (RE) di peringkat global.

Dalam tempoh sepuluh tahun lalu, kadar penggunaan tenaga bukan fosil di seluruh dunia meningkat daripada 13.6 peratus kepada 18.5 peratus, antaranya China menyumbang sebanyak 45.2 peratus.

Selain itu, China bersama negara-negara terlibat dalam Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) giat memperluas kolaborasi dalam bidang tenaga hijau.

Dalam rangka kerjasama itu, sebilangan besar projek berskala kecil berpaksikan rakyat dilaksanakan sekali gus menawarkan formula pembekalan tenaga yang bersih, selamat dan boleh dipercayai kepada negara terbabit.

Dalam kertas putih berkenaan, syor China mengenai sinergi semua pihak ke arah dunia yang bersih dan indah juga dijelaskan lebih lanjut.

Antaranya termasuk China sudi bersama masyarakat antarabangsa untuk memperkasa kerjasama pragmatik dalam usaha peralihan tenaga, memastikan rantaian bekalan dan perindustrian tenaga global kekal stabil serta meningkatkan kebolehcapaian tenaga di peringkat global.

Video

Berita Berkaitan