欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

China, Togo Naik Taraf Hubungan

(CRI)Selasa 03 September 2024

Presiden China Xi Jinping bertemu dengan rakan sejawatnya dari Togo, Faure Gnassingbe yang berada di Beijing untuk menghadiri sidang kemuncak Forum Kerjasama China-Afrika (FOCAC), pada Isnin.

Pemimpin dua negara mengumumkan hubungan China-Togo dinaik taraf kepada perkongsian strategik komprehensif.

Xi menzahirkan kesediaan China untuk terus meningkatkan kesalingpercayaan politik, memperluas kerjasama pragmatik dalam bidang seperti infrastruktur, pertanian, tali air dan kesalinghubungan, di samping memperdalam kolaborasi multilateral bagi menggalakkan perpaduan serta kestabilan rantau.

Sementara itu, Faure berkata beliau yakin sidang kemuncak berkenaan akan menyuntik momentum baharu kepada kerjasama Afrika-China, sekali gus memberi sumbangan baharu kepada keselamatan dan pembangunan serta kemajuan peradaban Afrika bahkan dunia.

Togo berhasrat memperkasa kerjasama dengan China dalam bidang infrastruktur, sains dan teknologi, ekonomi digital dan sebagainya.

Video

Berita Berkaitan