欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Afrika Sentiasa Berganding Bahu Bersama China: Presiden Guinea-Bissau

(CRI)Isnin 15 Julai 2024

Lonjakan hubungan Guinea-Bissau dan China ke tahap perkongsian strategik adalah sangat signifikan kerana China bukan sahaja penting bagi Guinea-Bissau, tetapi juga memainkan peranan penting di persada dunia.

Demikian dinyatakan Presiden Guinea-Bissau Umaro Sissoco Embalo dalam temu bual bersama wartawan Kumpulan Media China (CMG) baru-baru ini.

Embalo berkata Guinea-Bissau dan China sentiasa saling menyokong di arena antarabangsa.

Guinea-Bissau telah memeterai memorandum persefahaman dengan China berhubung kerjasama Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) pada 2021 dan menyertai Kumpulan Rakan Inisiatif Pembangunan Global (GDI) pada 2022.

Menurut Embalo, Guinea-Bissau mahu mengambil bahagian dalam inisiatif berkenaan kerana negara itu sedang menempuh jalan globalisasi.

"Kami sangat yakin bahawa di mana adanya China, pasti mempunyai satu tempat untuk Guinea-Bissau di pertubuhan itu.

"Inilah sebabnya kami mengambil bahagian dan kekal menjadi anggota dalam pertubuhan yang diterajui China," kata beliau.

Embalo menambah, penganjuran Forum Kerjasama China-Afrika di Beijing pada tahun ini bakal menyaksikan penyertaan banyak negara Afrika.

"Ini kerana apabila sebut tentang China, semua negara Afrika menunjukkan hasrat dan minat yang kuat untuk ikut serta.

"Kami sentiasa berganding bahu bersama China walaupun China tidak pernah memberitahu bahawa kami perlu mengikutnya," ujar beliau.

Video

Berita Berkaitan