欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

China Iltizam Bersama Malaysia Gerakkan Pembinaan Komuniti Berkongsi Nasib

(CRI)Khamis 19 September 2024

China komited untuk terus menggerakkan pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Malaysia ke arah meraih pencapaian baharu.

Komitmen itu disuarakan menerusi jurucakap Kementerian Luar Lin Jian susulan lawatan rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ke China bermula dari 19 hingga 22 September atas jemputan Presiden Xi Jinping.

Lin berkata, ikatan persahabatan antara China dengan Malaysia dijalin sejak sekian lama dan dua negara merupakan jiran tetangga dan rakan kongsi yang sentiasa saling menyokong antara satu sama lain serta menikmati kerjasama saling menguntungkan.

"Pada Mac tahun lalu, Presiden Xi Jinping dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mencapai konsensus penting mengenai usaha sama membina komuniti berkongsi nasib China-Malaysia, sekali gus memperjelas hala tuju perkembangan hubungan bilateral pada era baharu.

"Tahun ini menandakan sambutan jubli emas bagi hubungan diplomatik China-Malaysia serta Tahun Persahabatan China-Malaysia. Lawatan Perdana Menteri Li Qiang ke Malaysia pada Jun berjaya menyuntik dorongan baharu kepada hubungan dua negara," kata Lin.

Beliau turut menzahirkan kesediaan China mengambil peluang daripada lawatan Yang di-Pertuan Agong untuk menyemarakkan persahabatan tradisional, memperdalam penyelarasan strategi pembangunan, memperluas kerjasama saling untung serta memperkayakan lagi konotasi perkongsian strategik komprehensif China-Malaysia.

Video

Berita Berkaitan