欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

China Pusat Inovasi Menyasar Pasaran Global: Tinjauan Jerman

(CRI)Jumaat 20 September 2024

Syarikat Jerman di China giat meningkatkan penyetempatan penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk mengukuhkan daya saing produk mereka sekali gus menjadikan negara Tembok Besar sebagai pusat inovasi menyasar pasaran global, lapor Deutsche Welle (DW).

DW memetik laporan tinjauan 'Innovation Report 2024: Acceleration Through Localization' oleh Dewan Perniagaan Jerman Luar Negara (AHK) bagi Greater China yang menyebut usaha berterusan syarikat Jerman dalam menggerakkan penyetempatan R&D di China.

Hasil tinjauan AHK mendapati sebanyak 63 peratus responden menjalankan penyelidikan di China manakala 69 peratus sedang membangunkan produk mereka di China.

Menurut laporan berkenaan, hal ini memperlihatkan syarikat Jerman amat mementingkan pasaran China dan menganggap usaha memperkasa penyetempatan R&D akan mempercepat inovasi dan mengurangkan kos.

Selain terus memfokuskan kepada potensi pertumbuhan pasaran China, syarikat Jerman juga melihat China sebagai pusat inovasi yang menyasar seluruh dunia.

Dalam tinjauan AHK, 29 peratus responden berkata R&D yang dijalankan mereka di China bukan sekadar untuk memenuhi keperluan tempatan, malahan menyediakan produk inovatif kepada pasaran global.

Video

Berita Berkaitan