欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

22 Negara Sertai Festival Filem Antarabangsa di Utara China

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 26 September 2024

Festival Filem Antarabangsa Pingyao kelapan membuka tirainya di bandar purba Pingyao di Provinsi Shanxi, utara China pada Selasa.

Menurut laporan agensi berita Xinhua, hampir 60 filem yang didatangkan daripada 22 negara dan wilayah akan ditayangkan sepanjang festival itu.

Difahamkan, semua karya dari negara seperti Amerika Syarikat, Perancis, Portugal, Brazil, Itali, Mexico, Jepun, Argentina, Columbia, Uruguay dan Denmark, akan membuat penampilan pertama masing-masing di skrin besar tanah besar China, dengan hampir separuh daripadanya adalah tayangan perdana global bertemakan "Bumi".

"Dalam era transformasi teknologi, melihat kembali perjalanan kita di Bumi akan memperkasakan kita untuk bergerak ke hadapan," kata Jia Zhangke, pengasas festival filem dan pengarah terkenal China, sambil mentafsir tema itu.

Dengan menayangkan filem-filem cemerlang dari seluruh dunia, festival filem itu memfokuskan terhadap penemuan dan mempromosi karya-karya luar biasa oleh pengarah-pengarah muda khususnya dari negara-negara membangun.

Festival tahunan yang pertama kali diadakan pada 2017 itu akan berlangsung sehingga 30 September di Pingyao, iaitu Tapak Warisan Kebudayaan Dunia UNESCO.

Video

Berita Berkaitan