欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Langkah Baharu China Terus Semarakkan Keyakinan Pasaran

(CRI)Isnin 21 Oktober 2024
Langkah Baharu China Terus Semarakkan Keyakinan Pasaran

Sidang Tahunan Forum Jalan Kewangan 2024 yang berlangsung selama tiga hari membuka tirainya di Beijing pada Jumaat lalu.

Gabenor Bank Rakyat China (PBC), Pan Gongsheng berkata, pihaknya telah mengemaskinikan langkah-langkah terbabit untuk menurunkan kadar simpanan deposit dan kadar faedah, empat dasar kewangan dalam bidang hartanah, dua dasar tentang menstabilkan pasaran ekuiti, yang kesemuanya dilihat boleh menyemarakkan keyakinan pasaran.

Selain itu, PBC juga akan beransur-ansur meningkatkan tahap keterbukaan dari segi institusi dalam industri perkhidmatan kewangan dan pasaran kewangan, giat memudahkan perdagangan, pelaburan dan pembiayaan, mendorong proses pengantarabangsaan RMB, menjaga keseimbangan antara ekonomi domestik dengan global dan menggalakkan pembangunan lestari.

Dalam pada itu, Presiden Bank Pembayaran Antarabangsa (BIS), Agustin Carstens dalam pautan video berkata, sebagai enjin penting yang mendorong pertumbuhan ekonomi sejagat, China yang mempunyai permintan besar dalam pasaran domestik akan membawa manfaat kepada dunia, menyuntik kedinamikan baharu kepada ekonomi global, sekaligus memastikan pasaran mata wang dan monetari kekal mantap.

Turut hadir, lebih 500 selebriti dari 30 buah negara dan rantau.

Video

Berita Berkaitan