欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

China, Jepun Setuju Tingkatkan Kerjasama Maritim

(CRI)Khamis 24 Oktober 2024

China dan Jepun senada mengendalikan percanggahan pendapat dengan baik dan memperdalam kerjasama pragmatik semasa perundingan pusingan ke-17 di bawah Mekanisme Perundingan Peringkat Tinggi mengenai Hal Ehwal Maritim di Tokyo pada Rabu.

Dalam mesyuarat itu, China menghuraikan pendiriannya mengenai isu-isu berkaitan Laut China Timur, Pulau Diaoyu, Laut China Selatan, Selat Taiwan serta keselamatan maritim dan ruang udara.

Beijing menggesa Tokyo supaya menghormati kedaulatan wilayah dan kebimbangan keselamatan China, menghentikan kenyataan atau perbuatan negatif dalam isu maritim serta mengambil tindakan praktikal ke arah menambah baik hubungan dua hala.

Kedua-dua pihak sepakat mengekalkan komunikasi rapat mengenai hal ehwal maritim dan komited untuk menjadikan Laut China Timur sebagai lautan keamanan, kerjasama dan persahabatan serta menggerakkan pembinaan hubungan China-Jepun yang konstruktif, stabil dan memenuhi keperluan era baharu.

Video

Berita Berkaitan