欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Ekonomi China akan Semakin Dinamik

(CRI)Khamis 31 Oktober 2024

Ekonomi China beroperasi dengan stabil tahun ini dan akan menjadi semakin dinamik seiring dengan pelaksanaan pakej dasar yang sudah dikemaskini.

Demikian dinyatakan oleh Jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian dalam sidang akhbar semalam.

Baru-baru ini, kerajaan China berturut-turut melancarkan siri dasar insentif untuk menyokong peningkatan permintaan domestik dan penggunaan serta pelaburan, yang turut mendapat perhatian yang luas daripada masyarakat antarabangsa.

Menteri Kanan Singapura, Lee Hsien Loong berpendapat bahawa pelbagai langkah yang dijalankan China itu bermanfaat bagi peningkatan keyakinan dan permintaan.

Pengerusi Persatuan Pembangunan Ekonomi dan Perdagangan Luar Jerman (BWA), Michael Schumann berkata, pakej dasar itu berperanan besar bagi peningkatan keyakinan pasaran., manakala pertumbuhan ekonomi China membawa makna penting terhadap pasaran global.

Ketika diminta mengulas kedua-dua ucapan tersebut, Lin berkata, jumlah perdagangan antara China dengan lebih 160 buah negara dan kawasan meningkat pada tiga suku pertama tahun ini, manakala import dan eksport pula mencatat rekod baharu.

Dalam pada itu, peningkatan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) China berada di tangga teratas dalam ranking entiti ekonomi utama di persada global.

Kesemua itu membuktikan trend perkembangan ekonomi China yang berada di landasan yang baik untuk jangka masa panjang.

Video

Berita Berkaitan