欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Hubei Perlu Jadi Pelopor Pembangunan Berkualiti YREB: Xi

(CRI)Khamis 07 November 2024

Provinsi Hubei hendaklah maju ke hadapan dalam pembangunan berkualiti Jalur Ekonomi Sungai Yangtze (YREB) dan mempercepat usaha ke arah mengetengahkan diri sebagai fulkrum strategik untuk kebangkitan kawasan bahagian tengah.

Presiden Xi Jinping membuat kenyataan itu semasa turun padang melakukan tinjauan di provinsi itu bermula Isnin hingga Rabu.

Xi yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) diberi taklimat mengenai kerja jawatankuasa PKC di provinsi Hubei serta kerajaan tempatan pada pagi Rabu.

Beliau berkata Hubei perlu menjadi pelopor dalam memajukan inovasi teknologi dan perindustrian, selain meletakkan pemulihan persekitaran ekologi Sungai Yangtze sebagai keutamaan.

Usaha perlu dipergiat untuk menggerakkan pembangunan bersepadu antara kawasan bandar dengan luar bandar serta memacu pembangunan luar bandar secara menyeluruh, tambah beliau.

Xi berharap provinsi itu menggerakkan perkembangan terselaras kluster bandar di tengah Sungai Yangtze dengan berpusatkan metropolis Wuhan.

Antara aspek lain yang diberi penekanan ialah Hubei perlu terus meningkatkan perlindungan terhadap sumber budaya dan mendorong pembangunan inovatif sektor budaya.

Video

Berita Berkaitan