欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

China Miliki Separuh Daripada 20 Bandar Sains Teratas

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 22 November 2024

Foto bertarikh 26 April 2024 ini memperlihatkan robot manusia penyelamatan kecemasan di sebuah pameran di Pusat Pameran Zhongguancun di Beijing, ibu negara China. (Xinhua/Li Xin)

Foto bertarikh 26 April 2024 ini memperlihatkan robot manusia penyelamatan kecemasan di sebuah pameran di Pusat Pameran Zhongguancun di Beijing, ibu negara China. (Xinhua/Li Xin)

Nature Index 2024 Science Cities, salah satu cabang di bawah jurnal Nature pada Khamis melaporkan bahawa separuh daripada 20 bandar sains kini berada di China.

Menurut laporan agensi berita Xinhua pada forum yang bertemakan bandar sains dan hab inovasi sains teknologi di Beijing itu, ibu negara China menjadi bandar pendahulu, dengan Shanghai dan New York masing-masing menduduki tangga kedua dan ketiga.

Nature Index turut menunjukkan bahawa Beijing mengekalkan kedudukannya sebagai bandar sains utama dunia sejak 2016, manakala bandar China seperti Nanjing, Wuhan, Hangzhou, Hefei dan Xi’an telah memperbaiki kedudukan secara signifikan sebagai pusat sains kompetitif global.

Memetik jurnal itu lagi, banyak daripada bandar yang pesat membangun tersebut berperanan sebagai pakar dalam bidang teknologi utama seperti kenderaan elektrik dan tenaga solar.

Turut difahamkan bahawa terdapat kemajuan cemerlang dalam sains kesihatan, iaitu bidang yang negara China masih ketinggalan di belakang negara-negara Barat.

Video

Berita Berkaitan