欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Memangkin Agenda Tadbir Urus Kawasan Sempadan Dorong Pembangunan Berkualiti - Xi

(CRI)Selasa 10 Disember 2024

Presiden China, Xi Jinping menegaskan peri pentingnya untuk mempertahankan kepimpinan Parti Komunis China (PKC) dalam tadbir urus di kawasan sempadan dari segenap aspek, memperkasa perancangan dan penyelarasan strategik, dan meningkatkan ketersambungan antara tadbir urus kawasan sempadan dengan pembangunan pelbagai sektor.

Demikian ujar Xi semasa mempengerusikan sesi pembelajaran secara kolektif Biro Politik Jawatankuasa Pusat PKC pada Isnin.

Xi menyatakan, isu pembangunan kawasan sempadan tidak boleh tercicir dalam pelaksanaan skim strategik pemodenan ala China.

"Keistimewaan kawasan sempadan di laut dan darat perlu dimanfaatkan bagi membentuk landskap yang terbuka yang beraneka ragam yang berperanan menghubungkan sumber laut dengan darat dan sumber domestik dengan yang dari luar negara, beserta mengeratkan ikatan mentor-mentee antara kawasan bahagian timur dengan bahagian barat di negara ini.

"Pembangunan bersepadu antara kawasan bandar dengan kawasan luar bandar perlu dipertahankan untuk menggalakkan pembentukan urbanisasi baharu yang bertunjangkan platform kaunti, memacu pembangunan kawasan desa, selain mengambil langkah berkesan untuk mencegah gejala tergelincir kembali ke kancah kemiskinan secara besar-besaran daripada berlaku di kawasan yang sudah berjaya keluar dari belenggu kemiskinan.

"Memastikan kesejahteraan rakyat terjamin dan melakukan pembaikpulihan yang diperlukan dalam proses pembangunan, terutamanya di kawasan sempadan, serta melengkapkan matlamat pembinaan infrastruktur dan fasiliti untuk kegunaan awam," kata Xi.

Beliau juga menegaskan untuk menegakkan dan menambah baik sistem autonomi di kawasan yang berpenduduk etnik minoriti, memartabatkan perlindungan terhadap hak dan kepentingan milik masyarakat yang berbilang kaum, selain menyifatkan pemeliharaan keselamatan negara dan kestabilan sosial sebagai satu misi utama dalam tadbir urus di kawasan sempadan.

Video

Berita Berkaitan