欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Perdalam Pembaharuan Luar Bandar, Bina Negara Kuat dalam Pertanian: Xi

(CRI)Khamis 19 Disember 2024

Presiden China Xi Jinping menggesa usaha dilipatgandakan untuk memperkasa pembaharuan kawasan luar bandar dan melakar kemajuan signifikan ke arah membina negara kuat dalam bidang pertanian.

Beliau yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) membuat kenyataan itu menerusi arahan kerja membabitkan pertanian, luar bandar dan kaum tani dalam persidangan kerja luar bandar pusat yang berlangsung di Beijing dari Selasa hingga Rabu.

Xi berkata adalah penting untuk menambah baik sistem sokongan bagi mengukuhkan pertanian, memberi manfaat kepada petani, memperkaya kawasan luar bandar dan memacu pembangunan luar bandar secara menyeluruh.

Langkah-langkah perlu diambil untuk memastikan pengeluaran serta bekalan bijirin dan hasil pertanian utama lain mencukupi selain mewujudkan lebih banyak saluran untuk membantu petani menjana pendapatan, kata beliau.

Xi mahu usaha bersepadu dilakukan untuk menggerakkan pelbagai inisiatif pembangunan luar bandar dan menjadikan kawasan berkenaan tempat yang indah dan harmoni untuk orang ramai tinggal dan bekerja.

Beliau turut menambah pembangunan pertanian dan luar bandar harus diletakkan sebagai keutamaan dalam usaha mempercepat proses pemodenan pertanian.

Xi ingin melihat asas pertanian diperkukuh lagi, kawasan luar bandar menjadi semakin makmur dan kaum tani menjalani kehidupan yang lebih baik.

Video

Berita Berkaitan