欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Pesta Tanglung Taman Yuyuan Bakal Terangi Shanghai Pada 1 Jan 2025

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 23 Disember 2024
Pesta Tanglung Taman Yuyuan Bakal Terangi Shanghai Pada 1 Jan 2025
Foto suasana pemasangan tanglung di kawasan sekitar Jalan Ninghui.

Pesta Tanglung Taman Yuyuan 2025 akan membuka tirainya pada 1 Januari, menandakan kedatangan Tahun Ular tidak lama lagi.

Dijadualkan berlangsung selama 42 hari iaitu sehingga 12 Februari di kawasan tarikan pelancongan itu, pesta itu menampilkan kepelbagaian koleksi tanglung yang mengangkat simbol zodiak ular.

Seperti edisi terdahulu, pesta kali ini turut diinspirasikan daripada karya kesusasteraan “Shan Hai Jing” atau “Klasik Gunung-ganang dan Lautan”.

Dengan penampilan pelbagai elemen seperti haiwan-haiwan lain, hutan dan gunung, pemasangan tanglung itu juga berobjektif untuk mempamerkan suasana harmoni dan penuh bertenaga pelbagai mahluk.

Pesta Tannglung Taman Yuyuan yang diadakan pada setiap tahun itu disenaraikan dalam warisan budaya tidak ketara kebangsaan, dan menjadi ikonik dalam perayaan sambutan Tahun Baru China di negara Tembok Besar.

Bagi menyambut ulang tahun ke-30 acara itu, buat julung-julung kalinya, satu pameran istimewa berkenaan seni tanglung Cina akan turut diadakan di Shanghai pada 1 Januari hingga 28 Februari. Difahamkan, pameran tersebut akan menampilkan 13 artifak tanglung purba daripada muzium.

Foto-foto ihsan daripada pihak penganjur pesta ini memperlihatkan suasana pemasangan tanglung di kawasan sekitar Jalan Ninghui.

Video

Berita Berkaitan