欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Xi Ucap Tahniah Pelancaran Projek Rel China-Kyrgyzstan-Uzbekistan

(CRI)Sabtu 28 Disember 2024

Presiden Xi Jinping mengirim surat tahniah sempena pelancaran projek landasan kereta api China-Kyrgyzstan-Uzbekistan pada Jumaat.

Xi berkata pembinaan rel berkenaan merupakan keputusan strategik yang dibuat oleh kerajaan ketiga-tiga negara untuk menggalakkan kesalinghubungan, kemakmuran dan kestabilan serantau, serta menggambarkan aspirasi bersama untuk membuka koridor strategik itu.

Beliau menekankan perlunya kerjasama erat dijalin antara jabatan dan perusahaan terlibat untuk menggerakkan pembinaan rel China-Kyrgyzstan-Uzbekistan secara berpiawaian tinggi dan berkualiti tinggi.

Xi mahu usaha dilakukan untuk mengangkat rel itu sebagai projek demonstrasi baharu kerjasama berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) agar menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi dan penambahbaikan kesejahteraan rakyat setempat, sekali gus menyuntik penggerak baharu kepada pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Asia Tengah yang lebih rapat.

Presiden Kyrgyzstan Sadyr Japarov menghadiri majlis pelancaran yang berlangsung di bandar Jalalabad, barat Kyrgyzstan, manakala Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev juga mengirim surat tahniah.

Video

Berita Berkaitan