欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Pesawat C919 Berjaya Lakukan Penerbangan Sulung Shanghai-HK

(CRI)Khamis 02 Januari 2025
Pesawat C919 Berjaya Lakukan Penerbangan Sulung Shanghai-HK

Pesawat besar buatan China, C919, berjaya melaksanakan penerbangan sulungnya bagi laluan komersial MU721 kendalian China Eastern Airlines dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hongqiao Shanghai ke Hong Kong (HK) pada hari pertama 2025, pada Rabu.

Ia sekali gus memulakan misi pesawat C919 dalam penerbangan komersial laluan setempat.

China Eastern Airlines merupakan pelanggan pertama bagi C919 di dunia. Jumlah tempahannya mencatat 105 buah dan menjadikan syarikat itu mempunyai jumlah pesawat C919 paling banyak di dunia.

Sementara itu, HK menjadi bandar destinasi ke-9 bagi penerbangan komersial C919.

Setiausaha Pengangkutan dan Logistik Wilayah Pentadbiran Khas HK, Mable Chan ketika berucap pada majlis meraikan pelancaran laluan itu menyatakan bahawa pengoperasian laluan penerbangan yang dijalankan C919 bukan sahaja membolehkan penumpang HK merasai kehebatan pesawat besar buatan China sendiri, malah juga membolehkan penumpang antarabangsa mengetahui kejayaan sains dan teknologi penerbangan awam China.

Video

Berita Berkaitan