欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Pusat Penyelidikan Komuniti Berkongsi Nasib Sesama Insan Dirasmikan

(CRI)Jumaat 03 Januari 2025

Pusat Penyelidikan Komuniti Berkongsi Nasib Sesama Insan dirasmikan di Beijing pada Khamis.

Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Menteri Luar, Wang Yi semasa merasmikan pusat itu berkata pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan yang digagaskan oleh Presiden Xi Jinping memberikan jawapan China kepada isu global tentang "membina dunia dalam apa jua keadaan dan bagaimana membinanya".

Wang berkata konsep komuniti berkongsi nasib sesama insan mengaitkan nasib dan masa depan China dengan dunia. Konsep itu melampaui perbezaan sistem masyarakat dan ideologi, melangkaui perbezaan sejarah, budaya dan peringkat pembangunan.

Beliau menekankan bahawa konsep itu mengetengahkan tamadun China yang berorientasikan kedamaian, keterangkuman dan inovasi, sekali gus mencerminkan pewarisan dan pengembangan budaya tradisional China yang cemerlang.

Pada masa ini, puluhan negara dan wilayah berkolaborasi dengan China untuk membina komuniti berkongsi nasib dalam pelbagai bentuk.

Wang Yi menegaskan bahawa pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan juga telah tertulis dalam resolusi Perhimpung Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan pelbagai dokumen pelbagai hala.

Video

Berita Berkaitan