欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

China Zahir Tahniah Kepada Indonesia Atas Keanggotaan Penuh BRICS

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 07 Januari 2025

China mengalu-alukan kemasukan Indonesia sebagai anggota penuh BRICS, dan menyusulinya dengan ucapan tahniah, lapor agensi berita Xinhua.

Jurucakap kementerian luar China dalam satu kenyataan pada Isnin berkata bahawa Indonesia yang berperanan penting dalam Selatan Global dan merupakan salah satu negara membangun utama itu memandang tinggi terhadap semangat BRICS, serta aktif dalam kerjasama ‘BRICS Plus’.

Menurut jurucakap itu lagi, BRICS adalah platform utama dalam mempromosi kerjasama dan solidariti negara-negara Selatan Global, dan merupakan antara kuasa utama dalam pembaharuan sistem tadbir urus global.

Beliau yang menyifatkan penambahan terkini anggota BRICS itu sebagai bersejarah dalam trend kebangkitan negara Selatan Global turut berkata bahawa negara-negara BRICS juga sentiasa komited terhadap ideologi multilateral, keadilan dan kesaksamaan, serta pembangunan bersama.

Terdahulu, Brazil selaku pengerusi BRICS untuk tahun ini mengeluarkan kenyataan untuk mengumumkan keanggotaan penuh Indonesia di dalam BRICS, yang turut menarik perhatian dari segenap lapisan komuniti antarabangsa.

Video

Berita Berkaitan