欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Han Zheng Bertemu Bakal Naib Presiden AS

(CRI)Isnin 20 Januari 2025

Selaku wakil khas Presiden China Xi Jinping, Naib Presiden Han Zheng mengadakan pertemuan dengan bakal Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) James David Vance di Washington pada Ahad.

Han menyampaikan salam Presiden Xi kepada Presiden terpilih AS Donald Trump dan mengucapkan tahniah atas pelantikan Vance sebagai Naib Presiden.

Han berkata asalkan China dan AS memegang prinsip saling menghormati, hidup bersama secara aman dan kerjasama saling untung, pasti kedua-dua pihak mampu menyumbang kepada kejayaan satu sama lain serta keamanan dan pembangunan dunia.

Ujarnya, hubungan ekonomi dan perdagangan merupakan antara isu utama yang menjadi perhatian kedua-dua negara. Meskipun wujud perselisihan atau perbalahan, China dan AS boleh mempertingkat dialog dan perbincangan dalam hal ini kerana kedua-dua pihak berkongsi kepentingan bersama dan ruang kerjasama yang besar.

Sementara itu, Vance berkata AS bersedia mengembangkan hubungan yang berkekalan dan produktif dengan China, meningkatkan dialog dan kerjasama dalam isu rantau dan antarabangsa serta bersama-sama menggalakkan keamanan dan kestabilan dunia.

Video

Berita Berkaitan